cobalah mengerti

Sabtu, 03 Maret 2012

DUNIA TERSEMBUNYI

Al-Arifbillah Al-Qutb Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad

Ps: Artikel nie di petik dari forum asyraff.
Salam…
Pertama sekali, ana bukanlah orang yang alim dan arif…..
sebetulnya ana masih mentah dan banyak yang perlu dipelajari, sebagai sadah alawiyyin, ana berwajib untuk belajar, mengikuti dan ‘berusaha’ untuk membawa diri ini untuk mengikut perjalanan para salaf kami, beusaha menempuh jalan para leluhur kami, “gadaman ‘ala gadamin bi jiddin auza’i”
Dengan kelemahan yang ada pada ana, ana hanya ingin petik sedikit dari leluhur kami Al-Arifbillah Al-Qutb Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, dalam tulisannya di dalam Risalatul Mu’awanah menjelaskan sedikit ‘permasalahan’ enta. Beliau menulis:
“Perbaiki dan lurusakanlah aqidahmu dengan berpegang pada manhaj (jalan) al-firqah an-najiyah (golongan yang selamat) yang dalam islam dikenal dengan nama Ahlussunnah Wal Jama’ah. Ahlussunnah Wal Jama’ah adalah orang yang berpegang teguh pada ajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa shahbihi wa sallam dan para sahabatnya. Jika kamu teliti al-kitab (Al-Quran) dan As-Sunnah – yang berisi ilmu-ilmu keimanan – dengan pemahaman yang benar dan hati yang bersih (salim), serta kamu pelajari perjalanan hidup para salaf yang saleh dari kalangan sahabat dan tabi’in, maka kamu akan mengetahui secara yakin bahawa kebenaran ada pada golongan Al-Asy’ariyyah yang dinisbatkan kepada Syeikh Abil Hassan Al-Asy’ari rahimahullah. Beliau telah menyusun aqidah ahlil haq beserta dalil-dalilnya. Itulah aqidah yang diakui oleh para sahabat dan tabi’in. Itulah aqidah ahlil haq di setiap zaman dan tempat. Itulah aqidah seluruh kaum sufi, sebagaimana disebutkan oleh Abul Qasim al-Qusyairi pada bagian awal bukunya: Ar-Risalah.
Alhamdulillah, itulah aqidah kami dan saudara-saudara kami para sadah al-Husaini yang dikenal dengan sebutan Al Abi Alawi (Bani Alawi). Itulah juga aqidah salaf kami (leluhur kami), mulai dari zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa alihi wa shahbihi wa sallam hingga saat ini.
Imam Al-Muhajir ilallahSayyidi Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Al-Imam Ja’afar Ash-Shadiq radhiyallahu ‘anhu, kakek para Sadah Husaini tersebut, ketika melihat munculnya berbagai bentuk bid’ah, gelora hawa nafsu dan pertentangan pendapat di Irak, maka beliau segera hijrah meninggalkan Irak. Beliau nafa’allahu ta’ala bih selalu berpindah-pindah dari satu daerah ke daerah lain sampai akhirnya tiba di Hadramaut dan menetap di sana hingga akhir hayatnya. Allah memberkati keturunannya, sehingga sangat banyak dari mereka yang dikenal kerana ilmu, ibadah, keewalian dan makrifatnya. Berkat niat Al-Imam Al-Mu’taman ini dan hijrah beliau dari tempat-tempat yang penuh fitnah, maka tidak terjadi pada mereka (anak cucunya) apa yang terjadi pada sejumlah ahlil bait lainnya yang mengikuti berbagai bid’ah dan hawa nafsu yang menyesatkan. Semoga Allah membalas kebaikan beliau kepada kami dengan sebaik-baik balasan yang diberikan kepada seorang ayah atas jasanya terhadap putra-putranya. Semoga Allah meninggikan derajat beliau di surga bersama orang-orang tuanya yang mulia, dan mempertemukan kita dengan mereka dalam keadaaan selamat, tidak berubah (aqidah) dan tidak terfitnah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dari semua yang berjiwa kasih. Di samping itu, Aqidah Maturidiyah dalam hal ini sama dengan Madzhab Asy’ariyah tersebut di atas.
Pertama, ana yakin dengan aqidah Asy’ariyah kerna Syeikh Abil Hassan Asy’ari dan Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi hidup pada zaman tabi’in, yakni zaman terbaik selepas zaman Rasulillah dan sahabat, aqidah yang mereka susun, yakni asasnya SIFAT 20, ilmu aqidah yang bisa dan wajib dipegang oleh ahlussunnah wal jama’ah,
Dan paling mudahnya, ana mengikut pesanan, saranan dari leluhur kami, juga ahlulbayt yang alim lagi arif seorang wali qutb, Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad, di mana dalam syairnya,pada bait;
(untuk memperoleh semua kebaikan itu) maka perbaikilah keyakinanmu,
kerana sesungguhnya jika keyakinan sempurna,
tanpa keraguan yang ghaib akan tampak nyata,
dan jadikanlah Asy’ari sebagai aqidahmu,
kerana ia telaga yang jernih,
yang jauh dari penyimpangan dan kekufuran,
(Abdullah bin Alawi Al-Haddad, “Ad-Durrul Mandzum li Dzawil ‘Uqul wal Fuhum”)
Jadi, jika ada pendapat yang ‘lebih’ baik dari salah seorang dari ahlulbayt yang benar-benar mengikuti kakeknya Rasullullah saw, seperti Imamul Haddad….silakan…beri pendapat…kita tengok gimana…
Mungkin ana tidak “memperkenalkan” siapa Syeikh Abil Hassan Al-Asy’ari, dan Syeikh Abu Mansur Al-Maturidi, tapi leluhur kami dah “jelas” suruh kami ikut, kerana kami ahlilbayt jika mau berjaya, tempuhlah jalan para salafussoleh, para salaf kami yang terus bersambung kepada Rasulullah saw…
Al-Arifbillah Al-Qutb Abu Bakar B Muhammad Assegaf di pengajian beliau tidak pernah bosan menganjurkan mereka yang hadir, agar menempuh jalan itugadaman ‘ala gadamin bi jiddin auza’i.
Kami ahlulbayt mengikut pesan dan saran leluhur kami, dan kami tidak sedikitpun ingin berpaling daripadanya, wallahua’lam…
Di hantar oleh:
[ Last edited by Muhd_Banahsan at 25-4-2008 05:40 AM ]
http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1197&extra=&page=4

Ego

Penyakit Ego
Apabila seseorang manusia itu alim iaitu banyak ilmu dan lebih dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seseorang itu berpangkat besar atau bila seseorang itu otaknya lebih daripada orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia dan ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak
sedar, sengaja atau tidak sengaja.
Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya, istimewa, lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya. Maka ruang yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar, rasa istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan. Maka apabila hati sudah jadi begitu meninggilah diri dengan yang lain, memandang rendah sesama hamba Allah, jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia. Samada secara sengaja dan dirancang ataupun bukan
secara dirancang dan tidak disedari.
Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun
mengaturlah hidupnya sebagai orang yang istimewa dan
berusahalah dia menjaga statusnya. Sebaliknya ada pula
orang yang sedar keistimewaan dirinya tetapi kerana
dia faham ajaran Islam maka tidaklah mahu ia membesar-besarkan dirinya. Tapi oleh kerana taqwanya lemah maka dia tidak dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam senarai orang yang sombong, ego dan takabur.
Sifat mazmumah (yang sangat dibenci) oleh Allah ialah penyakit ego (sombong) sebab ego itu membawa implikasi yang
sangat buruk. Iblis laknatullah kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-
Terjemahannya: “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir”. (Surah Al-Baqarah : 34 )
Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam, dia lebih mulia, lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yang menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya menolak dia lupa dia hamba Allah, keistimewaan itu pemberian Allah yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat
kemurkaan Allah lalu Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu di dunia ini. Namun Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya manusia semua kufur dengan Allah dan masuk neraka.
Pernah juga Iblis memberitahu Nabi Musa a.s yang dia ingin bertaubat lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis pun bangun dan berkata. ‘waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat’, kata Iblis. Begitu sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah
manusia untuk menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar
semuanya masuk neraka bersamanya.
Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:
“Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga”.
Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak
terkutuk dan siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya. Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ambia’ dan solehin (orang soleh) sangat tawadhuk orangnya yakni merendah diri sesama manusia.
Firman Allah dalam Al-Quran:
Terjemahannya: “Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu dan penyayang dengan orang-orang mukmin”. (Surah At-Taubah:128)
Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling tinggi pangkatnya, terkenal namanya, luas pengaruhnya tetapi dia rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga. Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau didoakan, “Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada
kaumku kerana mereka tidak mengetahui”. Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :
“Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin”. (Hadith Riwayat Tarmidzi)
Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya.”kenapa tuan bersusah-payah begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat di akhirat bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?”. Lantas dijawab baginda,”terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri apa saja pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang lemah dan kurang segala-galanya yang patut menyerah diri sepenuhnya pada Tuhanku itu”.
Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya kepada pesuruh-pesuruh-Nya: “Musa, engkau siapa?” Jawab Nabi Musa,”Ana Kalamullah”. “Ibrahim, engkau siapa?” Jawab Nabi Ibrahim,”Ana Khalilullah”. “Isa, engkau siapa?” Jawab Nabi Isa, “Ana Rohullah”. Kemudian Allah bertanya kepada Nabi kita,”Muhammad, engkau siapa?”
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya.”Ana yatim”. terus Allah menyahut,”Engkau kekasihku, Habibullah”.
Orang yang merendah diri Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun yang selekeh, miskin, fakir di majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus hidup
itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya
disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.
Sayidina Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam kemudian dia berkata,”Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan tegas melaksanakan hukum Allah berkata,”Sekiranya diberitahu bahawa semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa akulah yang seorang itu”. Dia merasakan dialah yang paling banyak dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya. Ditanggungnya guni gandum di belakangnya dan dibawa ke rumah seorang janda bersama anak-anaknya yang ketiadaan makanan. Khadamnya meminta agar dialah yang menanggung guni
gandum itu lantas dijawab Sayidina Umar.”Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab di akhirat nanti”.
Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus ke
kepala bermain-main di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.
Apalah dibanggakan kehebatan kita itu, dia tidak menyelamatkan kita malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh di dunia apalagi di akhirat……..jatuh neraka hidup menderita. Kitakan dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik pun tidak sudu di daratan ayam pun tak patuk. Maka kalau kita mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:”Wahai diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya iaitu Neraka Jahannam”. Dan selawatlah pada Nabi sebanyak
mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan hati.
“Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku idak pula sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku…..ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa
besar”.

Rintihan Roh

Diriwayatkan: “Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah
lewat tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang
dahulu aku berada di dalamnya.” Maka Allah memperkenankan kepadanya.
Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua
lubang hidungnya dan mulutnya mengalir darah. Maka ia menangis
dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai
tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari
kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala, bala bencana, rumah
yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku,
perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.” Maka Allah
memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh.
Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul
qudus) dan para malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu
adalah rohnya anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain
mengatakan bahawa roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada
keterangan yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi
Muhammad SAW yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di
malam Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan
kepada seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui
mereka.
Ada pula yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya para
kerabat yang sudah mati, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga
Engkau memperkenankan kami untuk turun ke rumah-rumah kami, sehingga
kami melihat anak-anak kami dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu
turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya,
hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu
Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat
semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-
pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada
kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami
memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu
sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat
kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan
ini.
Adakah seorang telah belas kasihan kepada kami, apakah dari
salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang
menempati rumah-rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita
(isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami
yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami, wahai orang yang
membagi harta benda kami, wahai orang.yang menyiakan anak yatim
kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian ada yang mengenang
perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian
dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur
melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami dengan
sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat kepada
kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia
kembali dengan riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia
pulang dengan sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari
mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan haiwan tidak
dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari beberapa
bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya
seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan
ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka
itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan
bahawasanya mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT
menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali
yang pertama.”
(Yaa Siin: 79)
Jika dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka
kita katakan hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada
perbedaan, sebagaimana tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma
kalau tangan dapat bergerak kesana kemari tapi kalau tubuh sama
sekali tidak bergerak. Demikian pula rawan kesana kemari tapi sama
sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya roh di dalam tubuh tidak dapat
ditentukan. Adapun tempatnya rawan di antara kedua alis. Maka jika
roh itu hilang seorang hamba menjadi mati, dan jika rawan hilang ia
menjadi tidur. Sebagaimana air yang dituangkan qas’ah dan ditaruh di
rumah ada matahari yang sinarnya melalui lubang atap dan qas’ah itu
tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh bertempat di dalam tubuh dan pusatnya
berada di Arasy. Adapun rawan melihat dikala bermimpi dan ia berada
di alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah dicabut, ada diterangkan bahawa
tempatnya disengkala yang didalamnya terdapat lubang sejumlah
bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai hari kiamat. Jika ia
mendapat kenikmatan berada di situ dan jika mendapat azab maka di
situ pula.
Ada disebutkan bahawa roh-roh para mukminin berada dalam telur
burung yang hijau di syurga iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir
berada dalam telur burung yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan
bahawa rohnya para mukminin ketika dicabut, maka para malaikat
rahmat sama mengangkat membawa naik roh ke langit yang tujuh dengan
memuliakan dan mengagungkan. Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari
sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah kamu semua menulis roh itu dalam
Illiyyin lalu kembalikanlah ke bumi.”
Maka mereka mengembalikan roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya
dan ia dibukakan pintu syurga, ia melihat tempatnya di syurga sampai
datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya orang-orang kafir sewaktu dicabut maka
para malaikat azab sama membawa naik roh itu ke langit dunia. Maka
ditutuplah pintu-pintu langit yang lain dan ia diperintah
mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya, kuburnya disempitkan dan
ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya ia melihat tempat
kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat. Dalam hal ini
sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya mereka
mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang
dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat roh-roh setelah mati, maka
ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada
dalam liang yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada
Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di syurga Firdaus, pada tengahnya
syurga itu berada dalam telih burung yang hijau yang terbang di
syurga sekehendak hatinya. Kemudian datang keqanadil yang
digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil yang Islam berada dalam telih
burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik berputar-putar di syurga dan
ia tidak punya tempat, sampai hari kiamat. Lalu mereka melayani para
mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang mempunyai hutang dan aniaya
digantung diangkasa. Ia tidak sampai ke syurga dan tidak pula ke
langit sampai ia membayar hutangnya dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang berdosa diazab dalam kubur
beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan munafik dalam penjara neraka
Jahannam dipintakan diwaktu pagi dan petang.
Dan disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang
halus. Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu
mempunyai roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti
jisim-jisim. Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan
dikatakan pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini
adalah perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya seorang Yahudi datang kepada Nabi
SAW, maka mereka bertanya kepada baginda tentang roh dari Ashabi
Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain. Dengan perdebatan Yahudi itu maka
turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman Allah SWT.
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, katakanlah: “Roh itu
termasuk urusan Tuhanku.”
(Yaa Siin: 79)
Di kirim oleh: “chipmunk_malaysia”

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

· Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.
· Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan
memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.
Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
· Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di
bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma
Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau
telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR
Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
· Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak
berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri
atau takabur.
· Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa
seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa
Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak
sayuran, buah-buahan, dan air putih.
· Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan
demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua’laikum wr wb………. ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau
panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur.
11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir
tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa
mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the
13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah yang menjaga tertib dalam sembahyangnya.

Sikap Manusia Terhadap Al Quran

Sikap Manusia Terhadap Al Quran
Posted on Monday, February 11 @ 20:56:14 MYT by SongkokPutih
E-mel PembacaOleh ning
“Salam…

Renungan dari Imam Syahod Hasan Al Banna:

Seseorang layak merasa hairan terhadap sikap kebanyakan manusia terhadap Allah swt.: Al Quranul Karim. Ikhwan sekalian, sebagaimana saya katakan sebelumnya, sikap kebanyakan manusia di masa kini terhadap kitab Allah ibarat kelompok manusia yang dilitupi kegelapan dari segala penjuru.

Mereka kebingungan, berjalan tanpa apa-apa petunjuk apa pun. Kadang-kadang mereka terjatuh ke jurang, terkadang mereka berkeras hati seperti batu dan terkadang saling mundar mandir kebingungan seperti kehilangan punca. Keadaan mereka terus demikian, tersesat membabi buta dan berjalan dalam kegelapan yang pekat.
Sedangkan di hadapan mereka ada sebuah suis elektrik yang andaikata mereka tekan dengan jari, maka gerakan sedikit itu dapat menyalakan sebuah lampu yang terang benderang. Inilah saudaraku perumpamaan umat manusia sekarang dan sikap mereka terhadap kitab Allah.

Hari ini, manusia tidak menemui jalan selain berdoa, bersedih dan menangis, sungguh aneh kerana di hadapan mereka sebenarnya terdapat Al Quranul Karim, kitab Allah swt. Ibarat satu perumpamaan:


“Bak unta mati kehausan di padang pasir, sedangkan air terpikul di atas punggungnya.”


Firman Allah swt yang bermaksud:
”Tetapi kami jadikan Al Quran itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” (Asy-Syura: 52)


”Adapun orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya terang yang diturunkan kepadanya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-A’raf: 157)



”…Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman – Dengan izin Tuhan mereka – ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.” (Ibrahim:1)



”Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan- keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan) .

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Al-Maidah:15- 16).

beroalah karena Tuhan Tahu

Berdoa dan mengucap syukurlah bila Tuhan menjawab doa mu.
Karena Ia menyertai mu. Berdoa dan mengucap syukurlah bila Tuhan memberi mu damai sejahtera-Nya.
Karena Ia menghibur dan mengajari mu melangkah hari demi hari yang berat.
Berdoa dan mengucap syukurlah walaupun beban mu berat.
Karena Ia mengajari merasakan dan meringankan beban sesama mu.
Berdoa dan mengucap syukurlah walaupun engkau merasa Ia tidak dekat lagi.
Karena Ia melihat kesetiaan, keteguhan dan Ia tidak pernah meninggalkan mu.
Berdoa dan mengucap syukurlah walaupun segala sesuatu berada diluar rencana mu.
Karena Ia sedang mengajari mu berjalan dalam rencana-Nya.
Berdoa dan mengucap syukurlah walaupun engkau difitnah dan dihina.
Karena Ia sedang mengajari merendahkan diri dan memaafkan sesama mu.
Berdoa dan mengucap syukurlah bila Tuhan menegur mu.
Karena Ia mengajar dan menegur orang yang dikasihi-Nya.
Tetaplah berdoa dan mengucap syukur kepada Tuhan.
Karena Ia menyertai dan mengajari seumur hidup mu.
Beberapa Hal Yang Dapat Mendorongmu Untuk Tetap Bertahan!
Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia…
Tuhan tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih…
Tuhan sudah menghitung airmatamu.
Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja…
Tuhan sedang menunggu bersama denganmu.
Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon…
Tuhan selalu berada disampingmu.
Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi…
Tuhan punya jawabannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan…
Tuhan dapat menenangkanmu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan…
Tuhan sedang berbisik kepadamu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur…
Tuhan telah memberkatimu.
Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. .
Tuhan telah tersenyum padamu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi…
Tuhan sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.
karena tuhan akan mengabulkan setiap doa dengan caranya sendiri, mungkin dengan cara yang tidak pernah sama sekali anda duga
Ingat bahwa di manapun kau atau ke manapun kau menghadap… TUHAN TAHU

Best Regard
Erwin Arianto,SE
¤¨¤ë¥¦¥£¥ó¡¡¥¢¥ê¥¢¥ó¤È
———— ——— ——— ——-
SINCERITY, SPEED,  INOVATION & INDEPENDENCY

salahsatu ‘yang tersembunyi’



“Wali-Wali Allah tidak berkata: ‘ikuti saya’

  tapi berkata: ‘Ikuti Allah dan Rasul-Nya!’  
  Siapa yang terbuka hatinya mengikuti mereka.
  Wali-Wali Allah tersembunyi, bukan fisiknya tapi Maqom Spiritualnya  
  [tersembunyi] dari orang-orang yang buta matahatinya.  
  Banyak yang ingin mendekati Allah tapi menjauhi para wali-Nya.  
  Pemuka para wali adalah para Nabi dan Sahabat Rasulullah Saw.    
  Sultan para wali adalah Nabiyur-Rahmah Muhammad Saw.      
  yang melalui beliau mengalir ilmu-ilmu Hakikat Allah    
  dari “hati spiritual” ke “hati spiritual” para hamba-Nya yang mukhlisin.”
- Dikutip dari kata-kata mutiara Wiyoso Hadi -
Disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah ra, bahwa Rasulullah SAW (ShollaLlahu ‘Alayhi Wassalam) bersabda: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi mencintai di antara makhluk-Nya orang-orang pilihan, (mereka) tersembunyi, taat, rambut mereka acak-acakan, wajah mereka berdebu dan perut mereka kelaparan. Jika meminta izin kepada pemimpin ditolak. Jika melamar wanita cantik tidak diterima. Jika mereka tak hadir tak ada yang kehilangan dan jika hadir tak ada yang merasa bahagia atas kehadirannya. Jika sakit tak ada yang mengunjunginya dan jika mati tak ada yang menyaksikan jenazahnya.”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, contohkan pada kami salahsatu dari mereka?” Beliau SAW menjawab: “Itulah ‘Uways al-Qarani.” Para sahabat bertanya kembali: “Seperti apakah ‘Uways al-Qarani?” Beliau SAW menjawab: “Matanya berwarna hitam kebiru-biruan, rambutnya pirang, pundaknya bidang, postur tubuhnya sedang, warna kulitnya mendekati warna tanah (coklat-kemerahan) , janggutnya menyentuh dada (karena kepalanya sering tertunduk hingga janggutnya menyentuh dada), pandangannya tertuju pada tempat sujud, selalu meletakkan tangan kanannya di atas tangan kiri, menangisi (kelemahan) dirinya, bajunya compang-camping tak punya baju lain, memakai sarung dan selendang dari bulu domba, tidak dikenal di bumi namun dikenal oleh penduduk langit, jika bersumpah (berdo’a) atas nama Allah pasti akan dikabulkan. Sesungguhnya di bawah pundak kirinya terdapat belang putih. Sesungguhnya kelak di hari kiamat, diserukan pada sekelompok hamba, “Masukklah ke dalam surga!” Dan diserukan kepada ‘Uways, “Berhenti, dan berikanlah syafa’at!” Maka Allah memberikan syafa’at sebanyak kabilah Rabi’ah dan Mudhar.”
“Wahai ‘Umar, wahai `Ali! Jika kalian berdua menemuinya, mintalah padanya agar memohonkan ampun bagi kalian berdua, niscaya Allah akan mengampuni kalian berdua.” Maka mereka berdua mencarinya selama sepuluh tahun tetapi tidak berhasil. Ketika di akhir tahun sebelum wafatnya, ‘Umar ra berdiri di gunung Abu Qubais, lalu berseru dengan suara lantang: “Wahai penduduk Yaman, adakah di antara kalian yang bernama ‘Uways?”
Bangkitlah seorang tua yang berjenggot panjang, lalu berkata: “Kami tidak tahu ‘Uways yang dimaksud. Kemenakanku ada yang bernama ‘Uways, tetapi iajarang disebut-sebut, sedikit harta, dan seorang yang paling hina untuk kami ajukan ke hadapanmu. Sesungguhnya ia hanyalah penggembala unta-unta kami, dan orang yang sangat rendah (kedudukan sosialnya) di antara kami. Demi Allah tak ada orang yang lebih bodoh, lebih gila (lebih aneh/nyentrik) , dan lebih miskin daripada dia.”
Maka, menangislah ‘Umar ra, lalu beliau berkata: “Hal itu (kemiskinan & kebodohan spiritual) ada padamu, bukan padanya. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Kelak akan masuk surga melalui syafa’atnya sebanyak kabilah Rabi`ah dan Mudhar.” Maka ‘Umar pun memalingkan pandangan matanya seakan-akan tidak membutuhkannya, dan berkata: Dimanakah kemenakanmu itu!? Apakah ia ada di tanah haram ini?” “Ya,” jawabnya. Beliau bertanya: “Dimanakah tempatnya?” Ia menjawab: “Di bukit ‘Arafat.” Kemudian berangkatlah ‘Umar dan ‘Ali ra dengan cepat menuju bukit ‘Arafat. Sampai di sana, mereka mendapatkannya dalam keadaan sedang shalat di dekat pohon dan unta yang digembalakannya di sekitarnya. Mereka mendekatinya, dan berkata: “Assalamu’alayka wa rahmatullah wa barakatuh.” ‘Uways mempercepat shalatnya dan menjawab salam mereka.
Mereka berdua bertanya: “Siapa engkau?” Ia menjawab: “Penggembala unta dan buruh suatu kaum.” Mereka berdua berkata: “Kami tidak bertanya kepadamu tentang gembala dan buruh, tetapi siapakah namamu?” Ia menjawab: ” `Abdullah (hamba Allah).” Mereka berdua berkata: “Kami sudah tahu bahwa seluruh penduduk langit dan bumi adalah hamba Allah, tetapi siapakah nama yang diberikan oleh ibumu?” Ia menjawab: “Wahai kalian berdua, apakah yang kalian inginkan dariku?”
Mereka berdua menjawab: “Nabi SAW menyifatkan kepada kami seseorang yang bernama ‘Uways al-Qarani. Kami sudah mengetahui akan rambut yang pirang dan mata yang berwarna hitam kebiru-biruan. Beliau SAW memberitahukan kepada kami bahwa di bawah pundak kirinya terdapat belang putih. Tunjukkanlah pada kami, kalau itu memang ada padamu, maka kaulah orangnya. Maka ia menunjukkan kepada mereka berdua pundaknya yang ternyata terdapat belang putih itu. Mereka berdua melihatnya seraya berkata: “Kami bersaksi bahwasannya engkau adalah ‘Uways al-Qarani, mintakanlah ampunan untuk kami, semoga Allah mengampunimu. ”
Ia menjawab: “Aku merasa tidak pantas untuk memohon ampun untuk anak cucu Adam (‘alayhis-salam) , tetapi di daratan dan lautan (di kapal yang sedang berlayar) ada segolongan laki-laki maupun wanita mu’min (beriman) dan muslim yang doanya diterima.” ’Umar dan ‘Ali ra berkata: ”Sudah pasti kamu yang paling pantas.” 
‘Uways berkata: “Wahai kalian berdua, Allah telah membuka (rahasia spiritual) dan memberitahukan keadaaan (kedudukan spiritual)ku kepada kalian berdua, siapakah kalian berdua?” Berkatalah `Ali ra: “Ini adalah ‘Umar ‘Amir al-Mu’minin, sedangkan aku adalah `Ali bin Abi Thalib.” Lalu ‘Uways bangkit dan berkata: “Kesejahteraan, rahmat dan keberkahan Allah bagimu wahai ‘Amir al-Mu’minin, dan kepadamu pula wahai putra ‘Abi Thalib, semoga Allah membalas jasa kalian berdua atas umat ini dengan kebaikan.” Lalu keduanya berkata: “Begitu juga engkau, semoga Allah membalas jasamu dengan kebaikan atas dirimu.”
Lalu ‘Umar ra berkata kepadanya: “Tetaplah di tempatmu hingga aku kembali dari kota Madina dan aku akan membawakan untukmu bekal dari pemberianku dan penutup tubuh dari pakaianku. Di sini tempat aku akan bertemu kembali denganmu.”
Ia berkata: “Tidak ada lagi pertemuan antara aku denganmu wahai ‘Amir al-Mu’minin. Aku tidak akan melihatmu setelah hari ini. Katakan apa yang harus aku perbuat dengan bekal dan baju darimu (jika engkau berikan kepadaku)? Bukankah kau melihat saya (sudah cukup) memakai dua lembar pakaian terbuat dari kulit domba? Kapan kau melihatku merusakkannya! Bukankah kau mengetahui bahwa aku mendapatkan bayaran sebanyak empat dirham dari hasil gembalaku? Kapankah kau melihatku menghabiskannya? Wahai ‘Amir al-Mu’minin, sesungguhnya dihadapanku dan dihadapanmu terdapat bukit terjal dan tidak ada yang bisa melewatinya kecuali setiap (pemilik) hati (bersih-tulus) yang memiliki rasa takut dan tawakal (hanya kepada Allah), maka takutlah (hanya kepada Allah) semoga Allah merahmatimu. ”
Ketika ‘Umar ra mendengar semua itu, ia menghentakkan cambuknya di atas tanah. Kemudian ia menyeru dengan suara lantang: “Andai ‘Umar tak dilahirkan oleh ibunya! Andai ibuku mandul tak dapat hamil! Wahai siapa yang ingin mengambil tampuk kekhilafahan ini?” Kemudian ‘Uways berkata: “Wahai ‘Amir al-Mu’minin, ambillah arahmu lewat sini, hingga aku bisa mengambil arah yang lain.” Maka ‘Umar ra berjalan ke arah Madina, sedangkan ‘Uways menggiring unta-untanya dan mengembalikan kepada kaumnya. Lalu ia meninggalkan pekerjaan sebagai penggembala dan pergi ke Kufah dimana ia mengisi hidupnya dengan amal-ibadah hingga kembali menemui Allah.
Sumber:
“The Children around the Table of Allah” by Shaykh Muhammad Sa’id al-Jamal ar-Rifa’i
(Terusan posting dari Bapak H. Nabil, Solo, Jawa Tengah)

Munajat Para Pecinta Allah

Munajat Para Pecinta Allah
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
(1) Ilahi
Apakah orang yang t’lah mencicipi manisnya cinta-Mu
akan menginginkan pengganti selain-Mu
Apakah orang yang t’lah bersanding di samping-Mu
akan mencari penukar selain-Mu
(2) Ilahi
Jadikan kami di antara orang yang Kaupilih
untuk pendamping dan kekasih-Mu
yang Kauikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasih-Mu
yang Kaurindukan untuk datang menemui-Mu
yang Kauridhakan (hatinya) untuk menerima qadha-Mu
yang Kauanugerahkan (kebahagiaan) melihat wajah-Mu
yang Kaulimpahkan keridhaan-Mu
yang Kaulindungi dari pengusiran dan kebencian-Mu
yang Kaupersiapkan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
yang Kauistimewakan dengan makrifat-Mu
yang Kauarahkan untuk mengabdi-Mu
yang Kautenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
yang Kaupilih untuk menyaksikan- Mu
yang Kaukosongkan dirinya untuk-Mu
yang Kaubersihkan hatinya untuk (diisi) cinta-Mu
yang Kaubangkitkan hasratnya akan karunia-Mu
yang Kauilhamkan padanya mengingat-Mu
yang Kaudorong padanya mensyukuri-Mu
yang Kausibukkan dengan ketaatan-Mu
yang Kaujadikan dari makhluk-Mu yang saleh
yang Kaupilih untuk bermunajat pada-Mu
yang Kauputuskan daripadanya segala sesuatu
yang memutuskan hubungan dengan-Mu
(3) Ya Allah
Jadikan kami di antara orang-orang yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukan-Mu
nasibnya hanya merintih dan menangis
dahi-dahi mereka sujud karena kebesaran-Mu
mata-mata mereka terjaga dalam mengabdi-Mu
air mata mereka mengalir karena takut pads-Mu
hati-hati mereka terikat pada cinta-Mu
Kalbu-kalbu mereka terpesona dengan kehebatan-Mu
Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para
pen¬cinta-Nya
Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada pengenal-Nya
Wahai Kejaran Kalbu para perindu
Wahai Tujuan Cita para pecinta
Aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu
dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu
Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu
kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu
Anugerahkan padaku memandang-Mu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih dan sayang
Jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan karunia-Mu
Wahai Pemberi Ijabah, ya Arhamar-Rahimin
Munajat ini adalah munajat Imam Ali Zainal Abidin (sa), cucu
Rasulullah saw.
(As-Shahifah As-Sajjadiyah, Munajat ke 9: 296)
Tek arab dan bacaan tek latin munajat ini dapat dikopi dari
milis “Keluarga bahagia” atau milis “shalat doa” berikut ini.
Wassalam
Syamsuri Rifai

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?

Bertudung & Ungkapan Hina Hukum?
Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman
“Tak pe ustaz kan, pandangan pertama
tak berdosakan, cuma kami pandang lama
je la ?” tanya seorang pemuda berumur
35 tahun kepada saya sambil tersenyum-
senyum selepas dia merenung wanita
berskirt di hadapannya.
Ia adalah satu perkara yang amat
menyedihkan, ia sebenarnya hasil dari
sikap sebahagian umat Islam hari ini
mengambil ringan tentang hukum Islam.
Berkenaan larangan melihat kali kedua
kepada aurat ini diriwayat dalam
beberapa buah hadith, antaranya
hadith :
“Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata:
Saya bertanya kepada Rasulullah s. a.
w. tentang melihat (aurat wanita)
secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka
jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu
itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud
dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu
ulangi melihat untuk kedua kalinya.
Demikian juga kata Baginda SAW kepada
Ali KW :
Ertinya : “Jangan kamu ikuti satu
pandangan dengan pandangan yang lain,
kerana yang pertama bagimu (
diampunkan) dan tidak bagi yang kedua”
( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Albani :
Hasan)
Artis & Lawak Hukum
Lebih teruk lagi terdapat artis
Malaysia yang sanggup menggunakan
lafaz-lafaz Islam seperti ‘MashaAllah’
dan ‘InshaAllah’ serta ‘Allahu Akbar’
dalam lakonan lawak mereka sambil
sengaja disebut dalam bentuk yang
melucukan. Ini amat jelas
memperlawakkan lafaz mulia Islam, ia
amat kerap dilakukan oleh satu
kumpulan pelawak Malaysia yang
terkenal. Moga mereka diberikan
hidayah oleh Allah SWT.
Demikian juga dengan ucapan
alhamdulillah bagi seorang artis yang
berpakaian separuh bogel dikhalayak
umum apabila berjaya meraih sesuatu
anugerah di media. Atas nama seni
dirasakan tindakannya halal. Pada
hakikatnya jika lakonannya itu penuh
dengan adegan ‘peluk sana sini’
dan ‘dedah sana sini’, maka di ketika
itu ia bukanlah lagi sebuah seni mulia
yang diiktiraf Islam. Ia adalah
seni ‘fasad’ yang berdosa dan tidak
layak diraikan dengan ungkapan mulia
Islam.
Ketika itu, kemenangan mereka di atas
pentas dan melafazkan ucapan
sedemikian adalah satu bentuk
mempermainkan hukum dan lafaz Islam di
tempat yang tidak sewajarnya. Seolah-
olah seorang yang ingin merompak
membaca ‘Bismilah’ ketika memulakan
rompakannya dan
mengucapkan ‘Alhamdulillah’ apabila
berjaya terlepas dari kejaran polis,
atau menyebut ‘Alhamdulillah’ di dalam
tandas, atau seperti seorang peminum
arak mengucapkan “alhamdulillah”
apabila menyelesaikan minumannya.
Menurut kaedahnya, semua ini
menambahkan lagi dosa si pelaku
terbabit disebabkan wujud unsur
penghinaan samada secara langsung atau
tidak langsung kepada hukum serta
lafaz mulia Islam. Walaupun mereka
tidak langsung berniat untuk menghina
lafaz mulia itu.
Apabila ia adalah sebuah hukum atau
ucapan zikrullah, maka adalah tidak
harus sama sekali sesiapa juga
mempermainkan atau menyebutnya di
tempat yang tidak sewajarnya. Nabi SAW
bersabda :-
Ertinya : ” Sesungguhnya seorang hamba
yang bercakap sesuatu kalimah atau
ayat tanpa mengetahui implikasi dan
hukum percakapannya, maka kalimah itu
boleh mencampakkannya di dalam Neraka
sejauh antara timur dan barat” (
Riwayat Al-Bukhari dengan Fathul Bari,
Bab Hifdz Lisan, 11/376 , no 6477)
Imam Ibn Hajar Al-Asqolani menegaskan
bahawa erti hadith ini adalah seorang
yang bercakap tanpa jelas maksud
ayatnya sehingga menjadikan ia boleh
membawa maksud yang pelbagai sehingga
sebahagiannya boleh mencarikkan
sesuatu hukum. (Fath Al-Bari, 11/376)
Hina Islam, Bertudung & Bermaksiat
Lebih Besar Dosa
“Amat memalukan la ustaz, saya baru
jumpa satu video yang tunjukkan
pasangan melayu ditangkap di tasik-
tasik dan tempat awam tengah
bercumbuan, apa pandangan ustaz,
hampir 95 % darinya bertudung jenis
tak sempurna tu ustaz, ustaz tau tak?”
tanya seorang pendengar kuliah saya
sejurus selepas kuliah saya berkenaan
aurat.
Kemudian selang beberapa hari, pemuda
ini menghantar email kepada saya
beserta satu petikan video yang
dimaksudkan. La Hawla Wala Quwwata
Illa Billah.. wa Inna lillahi wa inna
ilaihi rajiun.. memang amat
mendukacitakan.
Pemuda itu juga menulis
seperti ‘kepeningan’ dan ‘kebingungan’
dengan persekitaran ini dengan katanya
“Boleh tak agaknya saya buat
kesimpulan bahawa hampir semua wanita
yang bertudung pendek atau fesyen,
dengan kain belah atau baju sempit
atau baju kurung biasa, semua ni jenis
yang ‘murah’ dan boleh diajak seks
bebas dengan mudah hari ni, apa
pandangan ustaz?” Mengurut dada saya
mendengar kesimpulan pemuda berpakaian
kemas dan bekerjaya profesional ini.
Sudah tentu amat marah para wanita
dengan kesimpulan si pemuda ini.
“Saya hanya masih percaya dengan
wanita yang berjubah dan bertudung
labuh sahaja sekarang ini ustaz,
harapnya mereka dapat pertahan maruah
dan kesucian mereka serta tak jadi
macam si pemakai tudung pendek yang
terbukti tiada banyak beza dengan free
hair” katanya lagi dengan tegas.
Selepas pemuda ini mengutarakan
pendiriannya barulah saya memberikan
penjelasan panjang lebar. Bagaimanapun
saya belum berhasrat menyebutnya di
ruangan ini, cukuplah saya dedahkan
betapa kecewanya pemuda profesional
ini dengan apa yang berlaku di hadapan
matanya.
Kesimpulannya, wahai wanita bertudung
kembalikan maruah anda dengan tutupan
aurat yang sebenarnya, akhlak wanita
Islam yang sebenarnya, janganlah
merosakkan imej Islam itu dengan
maksiat yang amat dimurkai Allah SWT.
Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat
amat sementara, carilah kenikmatan
akhirat yang kekal abadi.
Dari sudut hukum pula, hal wanita
bertudung yang melakukan maksiat,
dosanya sudah tentu lebih hebat dari
wanita yang tidak bertudung yang
melakukan maksiat. Hal ini boleh
difahami dari ayat seperti :-
Ertinya : Wahai isteri-isteri Nabi,
barangsiapa di antaramu yang melakukan
maksiat dengan jelas, maka di gandakan
azab buatmu dua kali ganda” (Al-Ahzab:
59)
Memang benar ayat ini ditujukan khas
buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan
kemulian dan kedudukan mereka yang
sangat mulia, bagaimanapun ayat ini
sebenarnya menggariskan bahawa setiap
kali bergandanya kemuliaan, maka
bergandalah dosanya (jika melakukan
maksiat), demikian hukuman ke atas
wanita bebas lebih berat dari wanita
hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan
sebabnya adalah kerana bertambahnya
mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW
(Al-Jami’ Li Ahkam AL-Quran ; AL-
Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit
pindaan )
Demikian jualah bagi wanita bertudung
yang telah menaik tarafkan
kedudukannya dengan kemuliaan Islam,
tetapi kemudiannya melakukan maksiat.
Maka jika bersandarkan kaedah di atas,
jelaslah dosa mereka bertambah besar
kerana maksiat itu sendiri dan
merosakkan imej Islam secara jelas.
Bertawbatlah. Demikian juga halnya
maksiat (termasuk pelaburan internet
yang disepakati haram secara sepakat
ulama dunia dan Malaysia) yang
dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh
lebih besar dosanya dari dosa oleh
lelaki biasa di sebabkan imej dan
kedudukan yang dibawanya.
Sekian,
Ust Zaharuddin Abd Rahman
28 April 2007 ( 10 Rabiul Akhir 1428
H)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar